Langgan setiap post-post dari blog ini SECARA PERCUMA tentang cara-cara untuk buat duit melalui internet. Anda juga akan mendapat pelbagai tip-tip yang sangat-sangat berguna untuk pembangunan web anda dan setiap post terbaru akan dihantar terus ke alamat email anda. Sila pastikan e-mail anda disahkan selepas anda mengisi borang langganan di bawah. More Info, Click Here >>

Masukkan Email Anda Disini:

August 6, 2008

Buat Blog Dikenali

Jika ini kali pertama anda ke sini, anda sepatutnya melanggan Full RSS feed saya secara PERCUMA! Saya percaya anda tidak mahu terlepas post-post yang berguna selepas ini!
Klik di sini>>

Tahukah anda bahawa sekarang ini telah banyak munculnya blog-blog di dunia. Tidak ketinggalan juga kepada penduduk di Malaysia. Bahkan pemimpin-pemimpin sendiri mempunyai blog untuk melahirkan pendapatnya yang tersendiri. Tapi kelahiran blog-blog ini adalah dengan tujuan pemiliknya yang tersendiri. Ada yang hanya untuk suka-suka, anda juga yang digunakan untuk menjana pendapatan dan anda juga digunakan untuk melahirkan pendapat.

Ketika ini ramai bloggers di seluruh dunia muncul untuk ‘merancakkan’ dunia blogging terutama bagi mereka yang ingin menjana pendapatan. Mereka menulis ‘content’ yang berkualiti untuk menarik minat traffic singgah ke blog mereka.

Tetapi agak mengecewakan apabila artikel mereka yang berkualiti tidak diberi perhatian dan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelawat. Ini bukannya salah pelawat tapi adalah dari salah anda sendiri. Jadi, anda perlu membuat blog anda dikenali dengan mempromosikannya secara aktif.

Tiga cara dibawah adalah antara kaedah yang boleh gunakan untuk mempromosikan blog anda dan cara ini amat berkesan. Perlu ditekankan, bahawa cara ini amat mudah dan berkesan, tetapi memerlukan sedikit usaha yang konsisten daripada anda untuk menjayakannya. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Boleh tak? ;-)

1. Networking

Cara ini amat penting untuk mempromosikan blog anda. Setelah anda mengenalpasti tempat yang sesuai untuk mendapatkan traffic bagi niche/topik blog anda, mula berkomunikasi dengan mereka. Ini bermaksud, anda mencari blog lain yang mempunyai trafik yang tinggi dan sama topik dengan blog anda.

Cara yang paling efektif sekali adalah berkomunikasi dengan mereka secara individual. Amat penting bagi blog anda untuk menerima traffic yang anda kenal kerana anda boleh meminta mereka membaca dan memberi komen tentang post-post di blog anda.

Ini penting kerana mempunyai komen-komen seperti ini dapat membuktikan kepada pelawat blog anda bahawa tidak merugikan masa mereka membaca post di blog anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh minta mereka untuk me’review’ produk anda di masa depan.

2. Post up-to-date.

Komunikasi dengan blogger (yang sama niche/topik) lain juga penting untuk menaikkan ‘visibility’ blog anda. Langgan RSS Feed mereka untuk mengetahui selera pembaca. Tidak dinafikan untuk blog anda berjaya, ‘content’ yang unik perlu tetapi anda juga perlu menulis tentang sesuatu yang orang ingin baca. Sebagai contoh, anda boleh post artikel tentang satu-satu berita yang terbaru.

Sebagai contoh, baru-baru ini berlangsungnya perlawanan Malaysia menentang Chelsea. Anda boleh menulis artikel dengan mengulas sedikit tentang perlawanan tersebut. Jika anda kurang info, boleh rujuk pada surat khabar. Jika anda tiada idea untuk menulis tentang niche anda, anda boleh menulis artikel santai seperti yang telah saya nyatakan tadi. Tapi ingat, biarlah up to date. Jangan cerita tersebut berlaku sebulan lepas, baru anda nak ulaskannya hari ini. ;-)

3. Join the discussion

Setelah anda mengenalpasti target traffic, anda boleh meningkatkan lagi tahap ‘visibility’ blog anda dengan menulis artikel tentang niche blog anda. Jadi seorang yang versatile, jangan takut untuk menjadi diri anda sendiri dalam menulis post. Lahirkan pendapat anda sendiri!

Jangan kedekut untuk bertukar-tukar link atau tinggalkan komen kepada post bloggers yang lain, link ini juga membawa traffic yang berharga untuk blog anda, traffic yang bagus. Langkah ini boleh diikuti oleh semua blogger, tak kira baru ataupun lama.

Saya harap anda akan mempraktikkan tips yang telah saya ajarkan ini. Di lain hari, saya akan kongsikan lagi artikel-artikel yang menarik untuk anda.

p/s: Anda rasa post ini membantu dan berguna? Sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post terbaru akan dihantar terus ke email anda.


Jika ini kali pertama anda ke sini, anda sepatutnya melanggan Full RSS feed saya secara PERCUMA! Saya percaya anda tidak mahu terlepas post-post yang berguna selepas ini!
Klik di sini>>

Anda janganlah terkejut. Produk yang saya maksudkan adalah produk yang dicipta oleh saya iaitu Pakej Lengkap Google Adsense A to Z. Evolusi yang saya maksudkan adalah saya akan melakukan pengubahsuaian secara menyeluruh terhadap Pakej Lengkap Google Adsense A to Z (PLGAAtoZ).

Seperti yang anda sedia maklum, PLGAAtoZ merupakan ebook yang sangat-sangat padat dengan info yang sangat mendalam tentang Google Adsense dan juga bagaimana anda hendak berjaya dengan mempraktikkannya.

Satu benda yang perlu anda ketahui dalam menjana wang dengan menggunakan blog, tidak kiralah sama ada dengan menggunakan Google Adsense, tawaran iklan banner, ZangoCash, Nuffnang, Bidvertiser dan sebagainya, kaedah promosi blog anda adalah merupakan 1 kaedah yang PALING PENTING.

Promosi Blog

Promosi blog adalah 1 perkara yang sukar sekiranya penggiat blog tidak tahu apa-apa kemahiran tentang Search Engine Optimization (SEO). Dalam usaha untuk mempromosi blog, para penggiat blog perlu tahu mengenai SEO supaya mereka dapat ramai trafik selain dari kualiti blog yang ditampilkan. Untuk pengetahuan anda, kaedah promosi blog terlampau banyak carannya. Antaranya ialah:

1. Search Engine Optimization (SEO)
2. Kualiti blog yang menarik dan berguna
3. Comment blog lain yang mempunyai trafik yang tinggi
4. Video Marketing
5. Social bookmarking
6. Mengunakan ‘list’
7. Dan macam-macam lagi

Banyak bukan kaedah untuk mempromosi blog? Sebenarnya terdapat pelbagai cara, anda juga boleh menggunakan kreativiti anda asalkan ia tidak melanggar undang-undang cyber.

Jadi, berkenaan dengan produk saya yang akan mengalami evolusi, saya akan menerbitkan satu ebook terbaru yang mana ia 100% hanya akan menceritakan tentang kaedah untuk mempromosikan blog sahaja. Saya akan menghasilkan ebook ini berpandukan Pakej Lengkap Google Adsense A to Z dan juga saya akan mengajar seberapa banyak kaedah promosi yang akan membantu anda.

Bukan itu sahaja, saya akan mengajar anda bagaimana dengan kaedah promosi yang saya ajar tersebut, mampu menangkap pelawat anda supaya mereka akan menjadi pelawat blog anda yang setia. Hehehe. Bunyinya nampak menarik bukan? Ebook ini masih lagi di peringkat pembinaan dan akan mengambil sedikit masa kerana apa yang saya akan ajarkan adalah terdiri dari bantuan gambar rajah.

Dengan ebook ini, tidak kiralah sama ada anda menjalankan program apa pun, ia pasti dapat digunakan. Jadi nantikanlah kemunculannya nanti. Apabila segalanya telah sedia, saya akan mengumumkan pre-lunch nya nanti ya. :-)

p/s: Anda rasa post ini membantu dan berguna? Sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post terbaru akan dihantar terus ke email anda.


Jika ini kali pertama anda ke sini, anda sepatutnya melanggan Full RSS feed saya secara PERCUMA! Saya percaya anda tidak mahu terlepas post-post yang berguna selepas ini!
Klik di sini>>

Seperti yang kita sedia maklum, kenaikan harga minyak telah memberi kesan yang sangat-sangat besar kepada perubahan ekonomi negara dan juga taraf hidup rakyat di Malaysia. Kenaikan harga minyak secara mendadak di Malaysia telah menyebabkan ramai rakyat di Malaysia semakin kesempitan wang dan terdesak.

Ini menyebabkan rakyat Malaysia TERPAKSA mencari satu sumber pendapatan yang lain untuk menyara hidup mereka. Ini bukan atas kehendak mereka, tapi atas desakan hidup untuk mencari pendapatan sampingan. Jika mereka tidak lakukannya, pasti hidup tidak dapat diteruskan.

Oleh yang demikian, satu kerja ‘part-time’ terpaksa dilakukan. Bukan itu sahaja, permohonan ‘personal loan’ juga semakin meningkat kerana mereka tidak mampu untuk menyara hidup mereka. Tapi orang sebegini tidak sedar sebenarnya mereka telah menggali lubang mereka sendiri. Maka hidup mereka makin sukar untuk bayar loan itu beserta dengan interest yang dikenakan oleh pihak bank.

Antara kerja part-time yang terpaksa dilakukan oleh mereka ialah:

  1. Perniagaan Internet
  2. Perniagaan kecil-kecilan (seperti jual kain, keronsang, dll)
  3. Multi Level Marketing (MLM)
  4. Agen insurance
  5. Menawarkan perkhidmatan (seperti membawa teksi, freelance)

Inilah apa yang terpaksa dilakukan oleh mereka yang kerja MAKAN GAJI. Bukan saya kata kerja makan gaji tidak bagus, tapi tahukah anda orang yang buat kerja part-time ini adalah dari golongan mereka yang makan gaji?!

Saya sarankan anda mulakanlah mencari pendapatan tambahan dari sekarang. Ini kerana jika anda masih mahu terus menunggu, percayalah anda akan lebih sukar untuk membuat pendapatan tambahan di kemudian hari nanti. Nanti dah terhantuk baru nak tergadah. Janganlah kita terlampau menyalahkan kerajaan kerana harga minyak naik. Ia memang perkara yang tidak dapat dielakkan. YANG LEBIH PENTING, apakah persediaan kita untuk menghadapi perubahan ekonomi ini? Sama-samalah kita fikirkan.

Tahukah anda, satu-satu cara yang paling mudah untuk membuat pendapatan tambahan yang berbaloi adalah dengan menjalankan perniagaan. Sebab itulah kenapa ramai antara kita sekarang menjalankan perniagaan untuk dapatkan duit sampingan. Ini kerana dengan perniagaan, anda mampu mendapatkan duit yang banyak dan usaha yang tidak terlampau teruk. Jika anda kurang percaya, cuba fikirkan contoh yang saya ceritakan ini:

Contoh 1:

Anda bekerja sebagai seorang kerani dari 8 pagi - 4 petang dengan gaji RM2000. Tapi pendapatan tersebut masih tidak cukup kerana anda terpaksa bayar sewa rumah, bil-bil, makanan yang semakin meningkat harganya. Jadi anda buat kerja sambilan dengan bekerja di stesen minyak dari pukul 6 petang-12malam dengan anggaran gaji maksimum RM1000. Selepas itu, pukul 12 balik untuk tidur dan bangun untuk kerja keesokkan hari pada pukul 8 pagi. Tahukah anda pendapatan bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dengan gaji RM3000 adalah cukup-cukup makan sahaja? Adakah ianya berbaloi dengan apa yang anda lakukan?

Contoh 2:

Anda bekerja sebagai seorang kerani dari 8 pagi - 4 petang dengan gaji RM2000. Tapi anda mempunyai pendapatan sampingan dengan menjalankan perniagaan internet (contoh sahaja). ;-) Tahukah anda dengan mengadap komputer dengan hanya menjalankan program Adsense dan anda melakukannya dengan bersungguh-sungguh, anda mampu menjana sehingga USD1000. Adakah ini lebih berbaloi? Malahan anda boleh melakukannya hanya dari rumah sahaja. Tapi nak saya ingatkan, untuk membuat duit dari internet bukanlah satu perkara yang mudah.

Saya harap anda telah nampak perbezaannya yang ketara bukan? Jadi anda fikirlah sendiri ya. Robert Kiyosaki mengatakan untuk menjana pendapatan yang lebih mudah dan menguntungkan adalah dengan menjalankan perniagaan dan juga pelaburan. :-)

p/s: Anda rasa post ini membantu dan berguna? Sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post terbaru akan dihantar terus ke email anda.


Jika ini kali pertama anda ke sini, anda sepatutnya melanggan Full RSS feed saya secara PERCUMA! Saya percaya anda tidak mahu terlepas post-post yang berguna selepas ini!
Klik di sini>>

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan post-post yang baru dan ‘fresh’ daripada Blog Buat Duit Melalui Internet. Seperti yang telah saya katakan, post terbaru akan dihantar terus ke email anda. Jadi anda tidak akan ketinggalan dan akan menjadi antara orang yang pertama membaca info-info yang sangat berguna terus di email anda.

Jangan risau, saya jamin 100% tiada SPAM oleh saya!

Anda hanya perlu masukkan email anda dalam form di atas.

Saya berjanji TIDAK AKAN menjual, menukar, memberi, atau mendedahkan alamat email anda kepada sesiapa dalam apa cara sekali pun. Privasi anda sangat-sangat saya utamakan.

Perhatian!!!

Selepas anda isikan form di atas, ikuti langkah berikut supaya email anda dapat disahkan. Dengan itu barulah post-post terkini akan dihantar terus ke alamat email yang telah anda isikan di atas. Rujuk langkah yang saya terangkan di bawah, saya menerangkan dengan bantuan gambar rajah agar ia lebih memudahkan anda.

1. Masukkan email anda pada ruangan yang telah disediakan di atas. Dan kemudian klik butang “Subscribe For Free”.

2. Kemudian, anda akan dibawa ke satu halaman di mana anda perlu memasukkan imej validasi. Selepas isi, klik “complete subscription request”.

3. Anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah. Ini menunjukkan anda telah berjaya mengisi email anda. Tapi tunggu! Anda perlu mengesahkannya terlebih dahulu.

4. Buka email anda dan semak email yang dihantar oleh feedburner kepada anda. Jika tiada di inbox, sila semak di ‘SPAM box’. Anda akan dapati email yang dihantar adalah seperti di bawah:

5. Buka email yang dihantar itu, dan kemudian klik pada link yang telah diberikan. Rujuk pada gambar rajah di bawah:

6. Selepas anda klik, paparan di bawah akan kelihatan. Dengan ini anda telah berjaya mengesahkan email anda.

Terima kasih atas kesudian anda untuk menyertai RSS feed saya. Saya akan pastikan anda akan mendapat info-info yang sangat bermanfaat dari blog ini. :-)

p/s: Anda rasa post ini membantu dan berguna? Sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post terbaru akan dihantar terus ke email anda.


July 27, 2008

Sibuknya….

Jika ini kali pertama anda ke sini, anda sepatutnya melanggan Full RSS feed saya secara PERCUMA! Saya percaya anda tidak mahu terlepas post-post yang berguna selepas ini!
Klik di sini>>

Salam sejahtera kepada pelawat sekalian. Maaflah kerana saya telah lama tidak update blog saya ini. Bukan apa, setelah bermulanya sesi pembelajaran saya di universiti bagi semester yang pertama, saya amat sibuk. Pihak universiti telah menyediakan bermacam-macam aktiviti untuk pelajar-pelajar baru. Aduhai, letih betul nak pergi. Kadang-kadang, ada juga aktiviti yang saya ‘escape’. Bukan apa, penat la nak pergi. ;-)

Untuk pengetahuan anda, saya menyambung pelajaran saya di UiTM Shah Alam dengan mengambil course kejuruteraan mekanikal (ijazah sarjana muda). Saya baru sahaja semester satu, so sebab tu lah pihak UiTM menyediakan bermacam-macam aktiviti. Dah la saya wajib mengikuti aktiviti kokurkulum. Aduhai~ Bukan saya tidak mahu ikuti aktiviti-aktiviti tersebut, tapi saya banyak kerja, commitment dan juga tanggungjawab yang harus saya lakukan.

Tanggungjawab yang saya maksudkan adalah kepada network saya. Jika saya ada sedikit masa, sudah pasti saya pergi berjumpa network bisnes MLM saya untuk membantu mereka dan juga memberikan tunjuk ajar. Bagi saya, saya akan memberikan sepenuh perhatian kepada mereka-mereka yang berada di bawah group saya. Saya yang invite diorang join saya, so saya kena pastikan mereka dapat apa yang mereka impikan dan melaksanakan apa yang saya janjikan kepada mereka dahulu. Saya harus membimbing mereka untuk berjaya dan juga melatih mereka menjadi seorang yang lebih bagus dari dulu, tidak kiralah dari segi disiplin, ketepatan masa, tanggungjawab, kepimpinan dan lain-lain self development.

Jadi saya tiada masa untuk mengadap internet dan update blog. Saya hanya sempat menguruskan urusan pembelian produk saya sahaja. Tapi anda jangan terkejut, walaupun saya tidak menghadap internet, income Adsense saya tetap ‘jalan’. Pelik bukan?! Saya memang ada menggunakan kaedah PPC supaya pendapatan Adsense saya menjadi auto, tapi tidak banyak. Hanya 2 blog sahaja saya menggunakan PPC. Saya menggunakan kaedah atau teknik saya yang tersendiri supaya income adsense saya auto generate. ;-) Teknik ini, saya create sendiri dengan cara saya memanipulasi apa ilmu dan surrounding yang ada. Tak faham? Hehehehe. Dan untuk pengetahuan anda, ia merupakan satu teknik yang belum ada sesiapa pernah buat (rasanya lah) dan saya belum pernah ajarkan teknik ini kepada sesiapapun. :-)

Ada juga 2 rakan online saya yang perasan, dan mereka bertanya bagaimana saya melakukan teknik ini. Tapi saya hanya cakap, “adalah”. ;-) Bukan kedekut, tapi belum masanya untuk saya bongkarkan. Mereka minta saya bukukan teknik tersebut dan jual, tapi masalahnya saya tiada masa untuk menulis. Tapi selepas ini, jika saya ada kelapangan saya akan menulis buku tersebut. Oh ya, tidak lama lagi saya juga akan menyebarkan satu ebook percuma yang mana, ilmu dalam ebook tersebut anda boleh praktikkan dan terus menjana wang dari ilmu yang saya smpaikan dalam ebook tersebut.

Ini sahaja yang saya mahu ceritakan pada hari ini. Sekali lagi saya minta maaf kerana sudah tidak lama update. Selepas ini, saya akan cuba curi masa untuk berkongsi dengan anda ilmu yang saya ada. Bagi saya, saya berpegang dengan hukum Allah, “lagi banyak kamu memberi, lagi banyak yang akan kamu terima”.

p/s: Anda rasa post ini membantu dan berguna? Sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post terbaru akan dihantar terus ke email anda.