| Jika ini kali pertama anda mengunjungi blog ini, jangan ketinggalan untuk melanggan Full RSS feed kami secara PERCUMA. Langgan sekarang dengan klik di sini. |
Musnah, habis musnah semuanya.
“Apa yang musnahnya Azrul?”
Actually, yang musnah itu adalah blog saya. Jika anda masih ingat, blog saya yang dahulu menggunakan theme yang lain. Dan telah banyak post yang saya lakukan dalam blog terdahulu.
Ceritanya begini, saya mengambil keputusan untuk menggunakan server hosting yang baru kerana servis yang dulu tidak memuaskan hati saya. Webhosting yang sekarang saya gunakan adalah dari rawanaz.com. Saya amat berpuas hati dengan sistem supportnya. Malah, pemilik rawanaz.com memberikan support secara live.
Jadi saya telah menyewe hosting dengan rawanaz.com semasa promosi aidilfitri yang lalu. Saya juga memindahkan domain ke server rawanaz. Tapi malangnya, saya terlupa untuk buat backup blog saya pada server yang lama. Apabila domain sudah dipindahkan, cpanel lama sudah tidak boleh dibuka. Berbagai cara telah saya usahakan untuk dapatkan database post yang lama, tapi malangnya tak dapat.
Tidak mengapalah, saya terpaksa merelakan post-post saya yang terdahulu ‘pergi’.
Jadi saya telah buat satu blog yang baru, dan apa yang anda lihat sekarang, inilah hasilnya. Saya akan terus berkongsi ilmu dengan anda dalam blog ini. Jadi, jadilah pengunjung tetap blog ini agar anda tidak ketinggalan untuk dapatkan ilmu-ilmu baru di blog ini ya.
Bagi mereka yang mempunyai blog ingat peringatan saya ini, JANGAN LUPA BUAT BACKUP. Kalau boleh, buat la backup seminggu sekali. Lagi kerap lagi bagus. Jangan bila dah jadi baru nak menyesal. Jangan jadi macam saya keyh. ![]()
| Anda berpuas hati dengan artikel ini? Pastikan anda melanggan Full RSS feed kami secara PERCUMA. Anda pasti tidak akan ketinggalan artikel terbaru kerana ia akan dihantar terus ke email anda. Langgan sekarang dengan klik di sini. |














Nov 5, 2008 at 12:19:26
macammana caranya nak buat back up ek??
boleh tolong ajar?
Nov 5, 2008 at 12:29:00
Mahu saya ajar buat backup? Saya akan ajar dalam post yang akan datang ye. Sekarang ni saya sedang sibuk mengemaskini sistem perniagaan saya. Maaf..
Nov 7, 2008 at 13:25:28
untuk nak buat backup,
1. masuk ke cpanel dan pilih module Backup (Files > Backups)
2. Pilih module mane nak di gunakan sama ada auto backup atau boleh terus backup database MySQL (Download a MySQL Database Backup)
3. Download backup dan simpan aje.
Nov 12, 2008 at 05:14:41
Kesian ..anyway awak menyumbangkan ilmu kepada orang ramai. thanks Aku datang membawa kebahagian…Salam persahabatan this blog cantik Ikhlas kmz dari Blog SEO Duit
Nov 21, 2008 at 09:50:12
Kalau saya selalu buat backup sebulan sekali. Tapi kat cpanel anda boleh buat pilihan kekerapan untuk buat backup ni.
Dec 7, 2008 at 21:38:19
Kesian….
http://duitmudah.tl.my/
http://rf2009.tl.my/